DEMI menjamin masa depan, pelumba basikal trek negara, Rizal Tisin terpaksa menangguhkan latihannya di Melbourne, Australia.
Keputusan yang dibuat itu bukan di dorong mana-mana pihak, sebaliknya Rizal mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian terutamanya selepas memikirkan masa depannya jika tidak lagi mewakili negara.
dia perlu mencari kerjaya yang boleh menjamin masa depannya dan ketika ini, dia sedang mengintai peluang untuk menjadi anggota polis.
tetapi beliau bukan hendak berhenti daripada berlumba tetapi sekadar menangguhkan latihan di Melbourne di bawah kendalian jurulatih John Beasley.
baginya, dia perlu mencari kerja yang boleh menjamin masa depan kerana bimbang jika berhenti berkayuh, beliau akan mengalami kesusahan kerana tidak mempunyai pekerjaan.
Setakat ini, beliau hanya menerima elaun bulanan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) selain Skim Hadiah Kecemerlangan Sukan (Shakam).
bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan ketika ini saya dalam proses ke arah itu. Jika segala-galanya selesai, saya akan kembali berlatih di Melbourne.
Untuk rekod, ketika ini beberapa pelumba lebuh raya negara seperti Suhardi Hassan, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi dan Amir Mustafa Rusli telah menjadi anggota polis.
Dalam pada itu, impian pemenang pingat emas Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2006 di Kuala Lumpur ini untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London masih belum pudar.
beliau akan terus berlatih di MSN mengikut program latihan yang diberikan oleh Beasley sebagai persiapan untuk menghadapi sirkit Piala Dunia di Melbourne November ini, California (Disember), Beijing (Januari 2009) dan Copenhagen (Februari 2009).
Sementara itu, Abu Samah berkata, dia tidak terkejut dengan keputusan yang dibuat Rizal tetapi berharap situasi itu tidak akan menjejaskan fokus pelumba berpengalaman negara itu.
0 komen c-keet:
Post a Comment