Tuesday, October 21, 2008

Perpindahan Pemain Tempatan kemane DestiN@si mereka



PERPINDAHAN adalah lumrah bagi setiap pemain terutama apabila tamat kontrak di penghujung musim. Berbeza nasib dengan pemain luar negara dan era semi-pro dahulu, pemain di Malaysia saat ini menghadapi dilema yang cukup merungsingkan mereka. Mana tidaknya, ramai pemain terpaksa berhijrah mencari pasukan lain ekoran masalah gaji yang berbulan-bulan tidak dibayar.

Mana pemain yang bernasib baik, akan terus kekal bersama pasukan lama. Mana yang kurang memberi sumbangan kepada pasukan terpaksalah angkat kaki dan segera mencari pasukan baru. Ditambah pula dengan tempoh kontrak yang majoritinya hanya diberikan semusim sahaja, ia sekaligus menyebabkan pemain-pemain Malaysia terhimpit mengenai masa depan mereka. Mungkin disebalik masalah gaji yang tidak dibayar oleh banyak pasukan ketika ini ada rahmatnya.

Notis pemberitahuan larangan pemain import beraksi musim hadapan, diharapkan menjadi platform untuk pemain-pemain tempatan menonjolkan bakat hebat masing-masing

0 komen c-keet: