Wayne Rooney M’sia
KHAIRUL ZAL AZMI
Telah Lupakan sejarah hitamnya
Namanya pernah dikaitkan dengan peristiwa yang menggemparkan bola sepak tanah air. Peristiwa yang sememangnya mencabar perjalanan hidup dan kariernya. Walaupun kebenaran akhirnya memihak kepadanya, dia sudah tidak mahu mengingatinya.
“Kalau boleh saya tidak mahu bercakap mengenai perkara itu lagi. Cukuplah, saya mahu memandang ke hadapan dan memajukan karier. Itu lagi penting,” kata Khairul Zal Azmi Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Tok She dikalangan kawan-kawan.
Pemain Kelantan berusia 25 tahun ini kini lebih senang untuk memikirkan masa depannya. Tambahan lagi dia mempunyai sebuah keluarga yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya. Malah keluarganyalah sumber inspirasi terpenting baginya. Setelah keluar dan masuk balik pasukan Kelantan, Khairul Zal menyatakan dia kini ingin menumpukan perhatiannya kepada skuad negeri kelahirannya berkenaan walaupun tidak menafi kan ada tawaran yang dihulurkan pasukan lain.
Namun segalanya agak sunyi mengenai anak muda ini musim lalu. Memang dia beraksi dengan Kelantan, tetapi peminat jarang dapat melihat kelibatnya dalam setiap perlawanan.
Pemain Piala Presiden yang gemar memancing ini ini sungguh bertuah kerana dalam usia semudanya telah bekesempatan melawat ke luar negara, antaranya China, Vietnam, Singapura, Brunei dan Brazil dalam rangka perlawanan persahabatan. Pengalaman itu sangat bermakna dalam kerjayanya sebagai pemain bola sepak pro.
Pemimpin dan Amanah
2 weeks ago
0 komen c-keet:
Post a Comment