Tuesday, October 21, 2008

BUT ADIDAS F50 kualiti dan keselesaan



JIKA anda diberi pilihan untuk mendapatkan but yang berkualiti dan menepati citarasa sama ada anda merupakan seorang pemain bola sepak profesional atau amatur, but bola keluaran adidas sudah semestinya pilihan yang paling sesuai. Bukan sekadar jenama produk sukan ini yang telah terkenal di seluruh dunia sejak dahulu lagi, malah setiap produk yang dihasilkan termasuk but jenama itu sendiri diakui antara yang terbaik dan sering menjadi pilihan para pemain bintang dunia.

Dalam setiap but yang dihasilkan oleh adidas, ia direka khusus untuk pemain yang memakainya dapat tampil dengan lebih baik dan bergaya di padang. Malah, ia sesuai dipakai oleh pemain yang beraksi sama ada di posisi penyerang, sayap,pertahanan atau penjaga gol sekalipun.

Selain berkualiti, sesebuah but yang baik juga perlulah rasa selesa ketika dipakai dan but adidas sememangnya turut mementingkan faktor tersebut. Ia penting kerana keselesaan kaki juga memainkan peranan utama untuk pemain tampil dengan baik ketika beraksi. Antara pemain terkenal yang memakai but jenama adidas setakat ini adalah seperti David Villa, Lionel Messi, David Beckham, Shunsuke Nakamura, Kaka, Shaun Wright-Phillips, Arjen Robben, David Trezeguet, Michael Ballack, John Arne Riise dan Emmanuel Adebayor.

Pada masa ini, antara koleksi terkenal jenama adidas yang kini sedang hangat di pasaran adalah adiPure, Predator dan F50. Ketiga-tiga koleksi ini dihasilkan agak berbeza antara satu sama lain, bergantung kepada kelebihan terhadap setiap koleksi yang dihasilkan.

AdiPure misalnya dihasilkan dengan menggunakan kulit kanggaroo dengan reka bentuk klasik tetapi menggunakan teknologi moden. Manakala Predator pula terhasil untuk menambahkan lagi kekuatan serta ketepatan ketika membuat tendangan ke pintu gol. F50 yang dihasilkan pada 2004 pula dihasilkan mengikut kesesuaian padang. Secara keseluruhannya, anda tidak perlu ragu-ragu untuk memilih mana-mana koleksi yang dihasilkan sekalipun. Semuanya bergantung kepada kualiti dan keselesaan ketika memakainya dan beraksi di padang. Paling utama, hanya dapatkan produk yang terbaik agar anda berpuas hati setelah memilikinya.

0 komen c-keet: