Monday, August 4, 2008

Prince Caspian...(off topic)


Kalau you all sudah menonton filem box office The Chronicles of Narnia: Prince Caspian, you all sure teruja dengan tiga aktor kacak yang membintangi filem ini. Mereka dilihat sebagai pelapis pelakon muda di Hollywood. Jom berkenalan dengan salah sorang dari mereka.

Ben Barnes jejaka pujaan ramai ini mempunyai banyak talent lain selain berlakon. Ben boleh bermain alat muzik seperti drum dan piano. Kerjayanya sebelum bergelar pelakon adalah pemain drum untuk “Bugsy Malone” sewaktu usianya 16 tahun. Ben juga merupakan ahli sebuah persatuan iaitu National Youth Music Theatre antara tahun 1997 dan 2003. Ben juga pernah memberitahu media bahawa dia terlalu obses dengan muzik seperti ‘The Beatles’, ‘The Stones’, ‘Queen’ dan ‘Stevie Wonder’. Ben juga sukakan filem ‘The Spinal Gtrap’ dan boleh menontonnya setiap hari.Apabila diajukan soalan tentang gadis pilihannya, Ben yang tidak memilih hanya menjawab, asalkan si dia itu selesa dengan dirinya, ia sudah memadai.

Fakta:

• Ben merupakan fans kepada siri ‘Narnia’ sejak kecil lagi dan tidak pernah menyangka akan
memegang watak di dalam filem tersebut.
• Ayah Ben merupakan seorang psikiatri dan ibunya adalah seorang ahli terapi.
• Tidak pernah menunggang kuda hinggalah mendapat tahu perlu menaiki kuda di dalam filem ‘Narnia’ ini.

Ps: Aku post story ni bukan la nak memuja pelakon hollywood, tapi persoalan dan kenyataannya disini adalah, kenapa artis kita tidak sehebat pelakon ongputih ni. Artis kita selalunya terlalu demand. Belum ape2 dah demand. Padahal bukan hebat sangat. Macan mane nak jadi pelapis industri seni akan datang. Mereka selalunya gila glamour jer.. Tapi aku x kata semua pn begitu perangainya ada gak yang bagus. Contohnya fauziah nawi. Wpun dah jd pelakon veteran, masih lagi jadi yang terbaik…tapi masalah gak masyarakat kita, kita punya mentality selalu mengatakan yang Hollywood itulah yang tarbaik. Kalau lah kita meghargai artis kita tentu diarag pn boleh jadi sehebat pelakon ini. so....lu pk l@ sndri!

0 komen c-keet: