Friday, July 25, 2008

Keadaan Ekonomi Punca Wanita Tertekan

kEBELakangan ini kiTa SERing DiPaPaRkan DEngan gEJaLa yang TiDak SihaT SEPERTi MEROMPak, MEMBUnUh, PEcah RUMah Dan SEBagainya MEnERUSi akhBaR MahUPUn Di kaca TELEViSyEn. MaSyaRakaT kini kian TERTEkan Dan gELiSah LEBih-LEBih Lagi DaLaM SUaSana haMBaTan EkOnOMi yang SEMakin MEncEngkaM SERTa kOS kEhiDUPan yang SEMakin Tinggi.


Siapakah yang akan mengeluh dengan peningkatan ekonomi terutama dari segi kenaikan harga minyak sekali gus menyebabkan kenaikan harga barang? Sudah pastinya mereka yang berpendapatan sederhana atau rendah. Tak kurang juga kaum wanita turut sama merasai suasana tersebut terutama sekali golongan suri rumah.

Apa yang perlu kita lakukan ketika ini, ialah berusaha untuk menyaingi kenaikan harga tersebut de ngan meningkatkan punca pendapatan tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan taraf dan gaya hidup seperti sedia kala.

Kehidupan semakin tertekan terutama apabila suami diberhentikan kerja dek kerana syarikat atau kilang sudah tidak mampu beroperasi seperti biasa. Akibatnya, pendapatan keluarga terjejas pelbagai masalah mula timbul. Untuk mendapatkan pekerjaan yang baru bukanlah semudah menyalin pakaian kerana dalam keadaan ekonomi stabil sekali pun, peluang pekerjaan amat sukar di peroleh.

Ramai graduan sehingga kini masih menganggur tercari-cari peluang pekerjaan. Justeru, dengan keadaan ekonomi sekarang, sudah tentulah peluang mendapatkan pekerjaan baru sangat sukar. Namun, setiap masalah harus dicari jalan penyelesaiannya. Jangan nanti, dek kerana bebanan ekonomi suami isteri bergaduh sehingga membawa kepada kemusnahan dalam keluarga.

Semua tahu 9 dari 10 rezeki datangnya dari perniagaan. lantaran itu, bagi menangani masalah ekonomi yang semakin meruncing, seseorang itu boleh menjana pendapatan melalui kerja sambilan mengikut kemahiran yang ada dalam diri.

Sebagai contohnya, jika seseorang wanita itu tahu menjahit, maka bolehlah mengambil upah menjahit baju ataupun membuat kuih, menjual nasi lemak dan sebagainya. Secara tak langsung, kaedah ini membantu mengurangkan beban ekonomi keluarga.

Ikuti beberapa pendapat daripada Menteri Besar Kelantan serta orang ramai mengenai isu ini.


Bijak uruskan Hal Ehwal Dapur

“Tidak dinafi kan ekonomi sekarang membuatkan ramai tertekan, terutama golongan isteri, ibu dan suri rumah tangga. Contohnya masalah yang berkaitan dengan hal ehwal dapur, bagaimana mengawal perbelanjaan, berjimat dan sebagainya golongan wanita lebih banyak yang tertekan.

“Apa yang saya boleh sarankan adalah, semuanya perlu diuruskan dengan baik. Selain didik diri sentiasa berjimat, juga perlu mencari alternatif untuk mengatasi keadaan ekonomi sekarang agar tidak terlalu tertekan.

“Cari benda yang boleh kita belajar, seperti kraf tangan, menjahit dan sebagainya. Lakukan ketika ada kelapangan. Hasil pendapatan yang ada sekurang-kurangnya dapat membantu untuk melalui cabaran dan saatsaat seperti ini.

“Saya sendiri, amalkan berjimat-cermat, bukan sahaja di rumah malah dalam pelbagai urusan rasmi kerajaan. Sedikit sebanyak, langkah ini dapat mendidik rakyat dan juga ahli keluarga saya sendiri kepentingan berjimat cermat,” komen Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

1 komen c-keet:

EboRâguebi said...

A small story really
For many years, lived in India a man who is considered the happiest man in the world. Many kings, jealous, he offered power and money, and tried to steal to get their secret, but all was in vain. The more you tried, most were unhappy, not envy those left living.

So the years passed and the sage was happier each day. One day a child came to him and told him: "Sir, as you also want to be immensely happy. Why do not you teach me ... How do I get? The scientist, seeing the simplicity and purity of children, he said: "To you I will show you the secret to being happy. Come with me and pay attention. In reality are two chests where I keep the secret to being happy and these are : My mind and heart. The great secret is none other than a series of steps you need to take along the life: