Saturday, July 19, 2008

Tamadun Yang Menjangkaui Masa.

author:Georgetown, Penang, Malaysia
Baru2ni aku ada terbaca artikel,Bertempat di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah,USM,berlangsung satu pameran yang bagi aku cukup menarik dan berguna untuk kita semua.Pameran yang bertajuk 'IQRA:Garden of Wisdom' ini banyak mempamerkan artifak-artifak dan juga bahan sejarah yang penting dari tamadun Islam.

Barang-barang serta senjata yang pernah digunakan pada zaman kegemilangan Islam di Andalusia,Mongolia dan juga China dapat kita saksikan disini.Pameran ini telah membuktikan yang tamadun Islam adalah sangat besar,canggih berteknologi serta pengetahuan para pejuang serta ahli-ahli fikir Islam pada masa itu sememangnya hebat dan mendahului masa.

Ingin aku kongsi dengan kalian...........
Antara meriam yang diukir ayat-ayat suci yang pernah digunakan dalam perang menarik minat pengunjung.

Pedang yang digunakan oleh pejuang-pejuang Mongol.
(Terdapat juga ukiran ayat-ayat suci pada padang tersebut)


Perisai Parsi serta senjata yang pernah digunakan pada perang.

Selain daripada peralatan perang,banyak juga artifak dan peninggalan ketika kemasukan dan pendakwahan Islam di nagara China.Lukisan landskap dan caligrafi Cina juga dipelbagaikan serta digabungkan dengan unsur-unsur Islam supaya rakyat tempatan lebih mudah memahami istilah Islam pada ketika itu.
Tepak sirih gangsa bermotifkan caligrafi Islam atau Khad untuk menyambut tetamu juga ada dipamerkan.

Tulisan Khad yang mempunyai pengaruh kaligrafi Cina.

Tembikar yang biasanya mempunyai lukisan landskap cina ditukar kepada tulisan Khad.

Tulisan Scroll (Gulungan) yang biasanya 18 inci panjang digabungkan dengan Kalimah suci dan diterjemah dalam bahasa manderin.
Kompas yang digulakan dalam pelayaran oleh pelayar-pelayar Islam
Jam yang menggunakan cahaya matahari ciptaan orang Islam juga dipamerkan.
Terdapat banyak lagi bahan-bahan sejarah yang menarik untuk kita lihat dan pelajari.Bukan setakat bahan sejarah,teknologi,alat-alat azimat serta tangkal yang mengandungi ayat-ayat suci yang dipakai oleh pejuang Islam juga boleh kita lihat.

ps:Kalau aku nak upload semua gambar memang penuh satu page blog aku ni.
Ape yang boleh aku bagitau semua, segala tinggalan sejarah islam yang unggul ini amat mengagumkan dan seharusnya kita generasi muda ni tau la sedikit sebanyak pasal sejarah ni semua...general knowledge la katakan.........................

1 komen c-keet:

aiShaH said...

Pameran sebegini mmg bagus kalau dapat sertai.. dulu saya pernah pergi satu pameran tentang islam kat KLCC