Monday, August 4, 2008

Rasuah Arena Bola Sepak (spontanious)



Tekanan hidup punca rasuah

DESAKAN untuk meneruskan kelangsungan hidup mungkin menjadi punca ada di kalangan pemain yang bertindak mengambil rasuah. Ia berikutan tindakan beberapa persatuan yang gagal dalam melunaskan pembayaran gaji pemain.

“Masalah itu harus diatasi terlebih dulu. Sekiranya tidak, mungkin kita boleh lupakan saja mengenai bola sepak,” tegas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong. Zolkples seterusnya memberitahu bahawa persatuan tidak seharusnya menaburkan janji dan tawaran yang lumayan sekiranya persatuan gagal menunaikannya. Walaupun sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah meletakkan had gaji bagi pemain namun kebanyakan negeri dan kelab tidak mematuhi had gaji itu.

Mereka dikatakan lebih senang membuat perjanjian kepada pemain tanpa sebarang kontrak yang sah. Dalam pada itu, Zolkples menyuarakan sokongannya terhadap tindakan FAM dalam menangani gejala rasuah itu termasuklah menangguhkan pertandingan Piala Malaysia musim ini.

“Jika FAM merasakan tindakan menangguhkan Piala Malaysia adalah langkah terbaik, mungkin ia terpaksa dilakukan kerana bola sepak negara memerlukan pembersihan menyeluruh daripada gejala rasuah.

“Saya amat berharap agar ia dapat diatasi segera. Namun ia juga memerlukan kerjasama semua pihak dan adalah tidak adil sekiranya FAM dibiarkan keseorangan mengharungi kemelut ini,” ujar Zolkples. Sekitar 1994, sejumlah lebih 100 pemain disyaki terlibat dalam menentukan keputusan permainan. FAM telah mengambil keputusan melarang semua pemain ini daripada bermain.

Akibat daripada kekosongan dan ketiadaan pemain-pemain berkaliber dalam kuantiti besar merupakan antara faktor penyumbang kepada kemerosotan. Ranking Malaysia juga semakin menurun sehingga menjadi pasukan kerdil di arena Asia.

0 komen c-keet: