Monday, August 4, 2008

'Kita tunggu dan lihat sahaja'(pl@n news)


BEIJING bakal menjadi saksi kepada himpunan atlet dari seluruh dunia apabila berlangsungnya temasya berprestij Sukan Olimpik 2008.

Bagi 33 atlet Malaysia, tarikh 8 Ogos 2008 ini juga menandakan bermulanya detik perjuangan mereka.

Situasi yang sama dirasai ketua kontinjen negara, Datuk Ho Koh Chye yang bakal membuat penampilan kali ketiga pada temasya terbesar itu selepas tampil sebagai atlet pada Sukan Olimpik 1964 di Tokyo dan 1968 di Mexico.

Namun menurut bekas penjaga gol hoki kebangsaan itu, dia tetap merasai beban yang bakal dipikulnya bersama-sama kontinjen kecil dalam misi mengharumkan nama Malaysia di bumi Beijing kelak.

“Janganlah menilai mereka ketika ini dan berilah mereka peluang untuk membuktikan sesuatu. Kita tunggu dan lihat sahaja,” jelas Koh Chye kepada wartawan Kosmo! Ahad, MUSTAPA LAKAWA di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada pertemuan singkat itu, Koh Chye turut menjelaskan harapannya selain memuji semangat kesukanan yang dimiliki atlet negara yang bakal bersaing di Beijing.

jadi sebagai rakyat malaysia yang cintakan tanah air, sama2 lah kita mendoakan kejayaan mereka..seperti kata pepatah, berat mata memendang, berat lagi bahu yang memikul.

2 komen c-keet:

saYa said...

Tunggu!!!Penantian itu satu penyeksaan..TAPI kadang2 kite perlu bersabar & TUNGGU untuk dapatkan satu kejayaan...Harapkan kontinjen m'sia ke Olimpik Beijing X MENGHAMPAKAN "Penantian" dan harapan seluruh rakyat m'sia..Buktikan m'sia boleh...TUNGGU dan LIHAT kesudahan nye...Juz wait & see....

EboRâguebi said...

Map of Olympic Medals - since 1896