Bahan A
• 1 ekor ayam di potong ikut suka
• 3 biji bawang besar (potong 4)
• 5 ulas bawang putih (di ketuk je)
• 2 inci halia (di mayang)
• 2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah)
• sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis
Bahan B
• 10 bijik bawang merah
Bahan C
• Daun sup dan daun Bawang
• Di potong dan masukkan dalam sup tu.
• Sambal kicap Bahan-bahan
• 20 bijik cili api
• 2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
• 2 ulas bawang putih
• kicap
• sikit gula
Bahan A
Semua bahan A ini hendaklah direbus Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.
Bahan B
Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.
Bahan C
Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
Sedia untuk dimakan
Pemimpin dan Amanah
2 weeks ago
1 komen c-keet:
hehe... ehsan majalah mane ni? selamat bersahur, berpuasa dan sewaktu dengannya...
Post a Comment