Bersempena bulan ramadhan almubarak ini,atlet paralimpik negara, yang beragama Islam, digalakkan menyempurnakan ibadah puasa semasa menyertai temasya Sukan Paralimpik, Beijing yang bermula Sabtu ini hingga 17 Sept. Mungkin ingin mengambil sedikit keberkatan yang ada pasa bulan yang mulia ini.
Ketua Unit Hal Ehwal Islam Cawangan Khidmat Pengurusan Majlis Sukan Negara Ustaz Mohammad Hasnol Bakar bagaimanapun berkata atlet dibenarkan tidak berpuasa sekiranya tidak mampu untuk menunaikan ibadat itu terutama ketika beraksi pada cabaran peringkat tinggi dunia.
"Atlet dibolehkan berbuka atas sebab musafir (mengembara lebih daripada dua marhalah) namun demikian mereka perlu mengganti puasa (qada') dengan kadar segera," katanya kepada Bernama. Jelas sekali disini bahawa keistimewaan bilan ramadhan ini tidak sekali2 memeksa kita untuk melaksanakannya dalam keadaan yang tidak mengizinkan. Namun sebagai umat islam yang nerpegang teguh pada ajaran agama, tidak kira siapa kita,apa keadaan kita, semestinya ibadah ini tidah menjadi halangan untuk kita meneruskan kecemerlangan dan menunaikan fardhu kifayah disamping menunaikan yang wajib.
ustaz Hasnol juga turut mengulas mengenai persediaan atlet paralimpik Malaysia yang beragama Islam beraksi di Sukan Paralimpik, temasya sukan orang upaya terbesar di dunia, yang berlangsung dalam bulan Ramadan.
Pengorbanan atlet negara berjuang untuk mengharumkan nama negara dengan niat ikhlas melakukannya kerana Allah s.w.t adalah satu jihad yang harus digalakkan pada setiap umat Islam selagi ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Daripada 11 atlet negara yang menyertai temasya Paralimpik Beijing tujuh daripadanya beragama Islam iaitu Mohd Raduan Emeari (Olahraga), Sharifah Raudzah Syed Akil (Powerlifting), Al Mustakim Matrin (Pelayaran), Muhammad Salam Sidik, Zulkifili Mat Zin (Memanah), Zul Amirul Sidi Abdullah, Yusup Dewa (Renang).
Pemimpin dan Amanah
2 weeks ago
3 komen c-keet:
inilah pergorbanan... berkorban untuk negara... xlupa juga ibadah kepada tuhan.... 2 cabaran perlu digalas....semoga penat jerih mereka ini dihargai....
Mmg pengorbanan untuk dunia dan akhirat...
Bulan ramadhan bulan yg berkat..aku yakin diorg boleh berjaya dunia akhirat! OKU boleh!
Post a Comment