Siapakah yang akan mengeluh dengan peningkatan ekonomi terutama dari segi kenaikan harga minyak sekali gus menyebabkan kenaikan harga barang? Sudah pastinya mereka yang berpendapatan sederhana atau rendah. Tak kurang juga kaum wanita turut sama merasai suasana tersebut terutama sekali golongan suri rumah.
Apa yang perlu kita lakukan ketika ini, ialah berusaha untuk menyaingi kenaikan harga tersebut de ngan meningkatkan punca pendapatan tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan taraf dan gaya hidup seperti sedia kala.
Kehidupan semakin tertekan terutama apabila suami diberhentikan kerja dek kerana syarikat atau kilang sudah tidak mampu beroperasi seperti biasa. Akibatnya, pendapatan keluarga terjejas pelbagai masalah mula timbul. Untuk mendapatkan pekerjaan yang baru bukanlah semudah menyalin pakaian kerana dalam keadaan ekonomi stabil sekali pun, peluang pekerjaan amat sukar di peroleh.
Ramai graduan sehingga kini masih menganggur tercari-cari peluang pekerjaan. Justeru, dengan keadaan ekonomi sekarang, sudah tentulah peluang mendapatkan pekerjaan baru sangat sukar. Namun, setiap masalah harus dicari jalan penyelesaiannya. Jangan nanti, dek kerana bebanan ekonomi suami isteri bergaduh sehingga membawa kepada kemusnahan dalam keluarga.
Semua tahu 9 dari 10 rezeki datangnya dari perniagaan. lantaran itu, bagi menangani masalah ekonomi yang semakin meruncing, seseorang itu boleh menjana pendapatan melalui kerja sambilan mengikut kemahiran yang ada dalam diri.
Sebagai contohnya, jika seseorang wanita itu tahu menjahit, maka bolehlah mengambil upah menjahit baju ataupun membuat kuih, menjual nasi lemak dan sebagainya. Secara tak langsung, kaedah ini membantu mengurangkan beban ekonomi keluarga.
Ikuti beberapa pendapat daripada Menteri Besar Kelantan serta orang ramai mengenai isu ini.
Bijak uruskan Hal Ehwal Dapur
“Tidak dinafi kan ekonomi sekarang membuatkan ramai tertekan, terutama golongan isteri, ibu dan suri rumah tangga. Contohnya masalah yang berkaitan dengan hal ehwal dapur, bagaimana mengawal perbelanjaan, berjimat dan sebagainya golongan wanita lebih banyak yang tertekan.
“Apa yang saya boleh sarankan adalah, semuanya perlu diuruskan dengan baik. Selain didik diri sentiasa berjimat, juga perlu mencari alternatif untuk mengatasi keadaan ekonomi sekarang agar tidak terlalu tertekan.
“Cari benda yang boleh kita belajar, seperti kraf tangan, menjahit dan sebagainya. Lakukan ketika ada kelapangan. Hasil pendapatan yang ada sekurang-kurangnya dapat membantu untuk melalui cabaran dan saatsaat seperti ini.
“Saya sendiri, amalkan berjimat-cermat, bukan sahaja di rumah malah dalam pelbagai urusan rasmi kerajaan. Sedikit sebanyak, langkah ini dapat mendidik rakyat dan juga ahli keluarga saya sendiri kepentingan berjimat cermat,” komen Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
Friday, July 25, 2008
Keadaan Ekonomi Punca Wanita Tertekan
Posted by watch out!!!! at 11:30 AM 1 komen c-keet
Malaysia ke Piala Dunia?

MALAYSIA akhirnya menamatkan cabaran mencari slot ke Piala Dunia 2010 apabila terpaksa akur dengan kehebatan Bahrain dalam perlawanan kelayakan baru-baru ini. Kekalahan secara agregat 1- 4 kepada Bahrain menjelaskan betapa perbezaan ketara milik pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa. Sekaligus menepati ramalan ramai skuad kita masih belum mampu bersaing ke kejohanan berprestij tinggi berkenaan.
Cita-cita kita sememangnya besar. Namun tidak mustahil untuk direalisasikan bagi kita yang kerdil. Barangkali ianya sesuai dengan usia negara ini yang telah 50 tahun merdeka. Sudah tiba masanya untuk kita mencipta ruang dan impian yang besar dan hebat. Kita mampu menempa sejarah menawan Gunung Everest, pelayaran solo mengelilingi dunia dan terbaru memahat nama sebagai angkasawan.
Ia juga sudah tentu tidak mustahil bagi kita untuk mengimpikan memahat nama sebagai salah sebuah negara yang beraksi di pentas bola Piala Dunia. Impian yang telah lama kita idam-idamkan. Landasan telah tercipta sejak berabad lamanya. Kini hanya menunggu kita menggerakkan seluruh kekuatan bagi mengemudikannya hingga ke tujuan yang diimpikan.
Apa pendapat anda? Mampukah kita untuk beraksi di pentas Piala Dunia?
Posted by watch out!!!! at 11:13 AM 1 komen c-keet
Wednesday, July 23, 2008
Saturday, July 19, 2008
Dah makin SyOk la PuLAk!!!!!!!!!!!!!!!!!
muahhh.........!!Posted by watch out!!!! at 9:14 PM 2 komen c-keet
BADMINTON: Beregu muda wakil tunggal negara(klik disini)
Posted by watch out!!!! at 9:31 AM 1 komen c-keet
Tamadun Yang Menjangkaui Masa.
author: Cungkilan Fikiran butaseni,Georgetown, Penang, Malaysia
Baru2ni aku ada terbaca artikel,Bertempat di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah,USM,berlangsung satu pameran yang bagi aku cukup menarik dan berguna untuk kita semua.Pameran yang bertajuk 'IQRA:Garden of Wisdom' ini banyak mempamerkan artifak-artifak dan juga bahan sejarah yang penting dari tamadun Islam.
Barang-barang serta senjata yang pernah digunakan pada zaman kegemilangan Islam di Andalusia,Mongolia dan juga China dapat kita saksikan disini.Pameran ini telah membuktikan yang tamadun Islam adalah sangat besar,canggih berteknologi serta pengetahuan para pejuang serta ahli-ahli fikir Islam pada masa itu sememangnya hebat dan mendahului masa.
Jam yang menggunakan cahaya matahari ciptaan orang Islam juga dipamerkan.
Ape yang boleh aku bagitau semua, segala tinggalan sejarah islam yang unggul ini amat mengagumkan dan seharusnya kita generasi muda ni tau la sedikit sebanyak pasal sejarah ni semua...general knowledge la katakan.........................
Posted by watch out!!!! at 9:10 AM 1 komen c-keet
Kalaulah cadangan Mazlan diambil kira...(klik disini)
RM10j dapat diselamatkan beli sistem perisian Sukma
PERUNTUKAN berjumlah lebih RM11 juta dilunaskan buat membiayai pembangunan Sistem Perisian Keputusan Sukan Malaysia (Sukma) yang kini terbengkalai, sepatutnya mampu 'diselamatkan'.
Penjimatan hampir RM10 juta itu mampu dilakukan jika cadangan asal Majlis Sukan Negara (MSN) untuk berbelanja hanya RM1.8 juta pada penghujung 2004 - bertujuan membeli sistem hampir sama - diluluskan.
@@@@@@@@@@@@@@@@
ape la yang tak kena pada laporan ini ek
inilah masalahnya badan sukan dinegara kita, terlalu banyak "koraption"
menyalahkan orang lain jika sesuatu gagal dijayakan tetapi,..............
masalah sendiri tah kemana.. pepatah melayu ada mengatakan selalunya kita ni hanya "melepaskan batuk ditangga"masa sudah beredar, kita masih dibelakang,itulah situasi kita sekarang.jadi,,,,,,,,,,,bila lagi sukan kita nak maju di mata dunia.................
Posted by watch out!!!! at 4:29 AM 1 komen c-keet

.jpg)