Friday, August 29, 2008

jutawan MUSLIM: SIAPA TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY (off topik)


RAMAI yang pernah mendengar mengenai Yayasan Al Bukhary, sebuah badan kebajikan yang telah membelanjakan beratus-ratus juta ringgit untuk tujuan amal.Yayasan ini milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, seorang ahli perniagaan yang tidak gemarkan publisiti.


Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya ahli perniagaan ini dan bagaimana beliau membina empayar perniagaannya.Wartawan Utusan, ZAHARUDDIN MOHD. ALI cuba menghuraikan siapa sebenarnya Syed Mokhtar dan apa yang telah menjadikan beliau seorang yang amat berjaya.KEBELAKANGAN ini setiap kali apabila seseorang itu berkata mengenai Persyarikatan Malaysia, satu nama yang akan disebut berkali-kali ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.


Walaupun beliau tidak begitu diketahui umum, ahli perniagaan yang tidak gemar publisiti ini adalah pemilik pelbagai jenis perniagaan - rangkaian syarikat tenaga, pelabuhan, hotel, perkilangan dan pasar raya.Beliau tidak pernah memberi sebarang wawancara kepada sesiapa lebih gemar kepada cara kehidupan yang low profile.Namanya tidak pernah tercatat dalam mana-mana syarikat - termasuk syarikat awam yang disenaraikan di bursa saham walaupun beliau dikatakan telah membuat pelaburan berjuta-juta ringgit.Keadaan ini menambah lagi misteri mengenai beliau.Walau bagaimanapun, menurut mereka yang mengenali Syed Mokhtar, beliau bukanlah seorang yang gemar menyendiri seperti yang disangka.


Beliau adalah seorang yang mudah mesra, peramah dan fokus terhadap apa yang diusahakan selain menggemari gaya hidup yang serba ringkas.Kereta mewah seperti BMW atau Mercedes Benz yang terbaru bukanlah minat beliau.Menurut seorang pemerhati, Syed Mokhtar hanya memandu kereta Proton Perdana model lama, berpakaian serba ringkas dan akan ke Sentul untuk menikmati teh tarik kegemarannya.Beliau masih mempunyai sebuah kereta Mercedes yang telah berusia 20 tahun yang digunakan dari semasa ke semasa.


Syed Mokhtar juga menggunakan beg bimbit yang mungkin sama usia dengan kereta Mercedes tersebut.Persoalannya, siapakah Syed Mokhtar dan apakah falsafah yang telah memberikan semangat kepada ahli perniagaan itu untuk menjadi seorang yang berjaya hari ini - mengambil alih projek-projek mega yang telah gagal dan mengusahakannya semula sehingga berjaya?Jawapannya menurut Mohd. Sidik Shaik Osman, yang mengenali Syed Mokhtar sejak lebih 25 tahun lalu ahli perniagaan itu dilahirkan di sebuah rumah kampung beratapkan nipah milik kedua ibu bapanya pada 1951.


Kesusahan dan kemiskinan adalah dua perkara yang beliau amat fahami.Bapa beliau, Syed Nor, adalah seorang pedagang berketurunan Yaman yang menetap di Kedah, menyara keluarga dengan menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan keperluan harian.Syed Nor kemudiannya mengusahakan ladang ternakan lembu.Bagaimanapun, hasil yang diperolehnya adalah amat sedikit dan keadaan memaksa Syed Mokhtar ke pasar setiap pagi sebelum ke sekolah untuk menjual roti canai dan sayur bayam yang ditanamnya sendiri di sebidang tanah kecil di sebelah rumahnya.Semasa berusia 11 tahun, Syed Mokhtar telah dijaga oleh pakciknya di Johor Bahru yang mahukan beliau menceburi bidang ketenteraan tetapi dibantah oleh ibu bapanya.


Disebabkan beliau telah didedahkan kepada suasana alam perniagaan, beliau tidak bersetuju dengan idea tersebut dan kembali ke Alor Setar.Sekembali beliau ke kampung, perniagaan menjual lembu telah semakin pulih dan kehidupan Syed Mokhtar pada lewat tahun 1960 terbahagi dua - bersekolah di St. Michael Institution, di mana beliau menamatkan pelajarannya di tingkatan lima, dan pada masa yang sama membantu bapanya menguruskan perniagaan dan bertanggungjawab terhadap soal simpanan kira-kira dan urusan pengangkutan.Gandingan bapa dan anak ini mengimport lembu dari Thailand, Langkawi dan Perlis untuk dijual di pasaran tempatan.Daripada sebuah perniagaan sendiri ia telah menjadikan Alor Setar kepada sebuah pusat perdagangan lembu.


Walau bagaimanapun, kegembiraan dan kekayaan keluarga tersebut hanyalah sementara.Wabak penyakit kaki dan mulut pada tahun 1970 telah membinasakan keseluruhan perniagaan lembu mereka. Kerana kecewa, bapa beliau telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menceburi bidang perniagaan itu.Keadaan ini menyebabkan Syed Mokhtar berdepan dengan masa depan yang tidak menentu.Bagaimanapun, dalam masa beberapa minggu, anak muda ini telah bangkit semula. Kegagalan tidak mematahkan semangat Syed Mokhtar. Beliau menganggap ini semua sebagai halangan sementara yang telah memberikan beliau pengajaran yang amat bernilai.Halangan sementara ini telah menjadikan beliau lebih bersemangat dan lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya.


Halangan ini telah memberi pengajaran kepada beliau iaitu jangan bergantung hanya kepada satu sumber perniagaan sahaja.``Bermula dari situ, beliau semakin cenderung untuk mempelbagaikan empayar perniagaan,'' kata Mohd. Sidik, yang kini menerajui Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor.Kekecewaan ayah beliau telah menjadi titik perubahan yang penting dalam kehidupan Syed Mokhtar.Beliau mula menjalankan perniagaan dalam memperdagangkan barangan keperluan penting serta menjalinkan kerjasama dengan ahli perniagaan berketurunan Cina.


Pada tahun 1970-an, syarikat bumiputera yang ingin bekerjasama atau berurusan dengan usahawan Cina adalah sesuatu yang unik.Beliau melakukannya untuk mempelajari cara terbaik menjalankan perniagaan.Dalam masa yang singkat, beliau telah mempelajari dan membeli perniagaan yang dipelopori oleh ahli perniagaan Cina khususnya dalam bidang pengangkutan (lori), perniagaan dan pemasaran beras, pakaian, pemprosesan makanan dan ternakan.


DARIPADA seorang ahli perniagaan kecil, beliau berjaya membawa dirinya kepada perniagaan yang lebih besar dengan menyertai projek-projek di bawah Persyarikatan Malaysia.Beliau mula menceburi perniagaan utama pada tahun 1990 dengan mengambil alih dan menguasai saham-saham dalam beberapa syarikat awam yang tersenarai dan entiti kerajaan yang diswastakan, serta projek-projek terbengkalai yang amat memerlukan bantuan kewangan.Hari ini, Syed Mokhtar muncul sebagai seorang ahli korporat yang disegani, satu usaha dan pengiktirafan yang beliau perolehi komitmen dan berkerja keras dengan matlamat untuk berjaya.


Bagaimanapun, terdapat satu aspek yang tidak pernah dibincangkan oleh media mengenai Syed Mokhtar.Sebagai seorang Islam, beliau tidak pernah mengabaikan soal-soal kebajikan.Beliau menderma berjuta-juta ringgit setiap tahun kepada pelbagai projek kebajikan di bawah Yayasan Al Bukhary yang beliau gunakan sebagai cara untuk membantu mereka yang kurang upaya, menyokong usaha-usaha kebudayaan dan seni Islam.Sehingga ini, beliau telah membiayai pembinaan lebih 10 buah masjid di Malaysia dan pada tahun 2000, Syed Mokhtar telah menderma sebanyak 1.25 juta pound (RM7.5 juta) kepada pusat Oxford bagi pengajian Islam di London - salah satu pusat pengajaran Islam yang terkemuka.


Sebuah pusat Yayasan Al Bukhary yang bernilai RM300 juta dengan reka bentuk oleh senibina `Moorish' (Islam Maghribi) sedang dalam pembinaan di Alor Setar dan dijangka siap pada 2004.``Pusat tersebut dilengkapi dengan sebuah masjid, pusat rawatan, pusat komuniti, sebuah rumah anak yatim, rumah orang-orang tua dan sebuah universiti yang disediakan untuk pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa,'' kata Datuk Ismail Yusof yang mengetuai Yayasan Al Bukhary.Tidak cukup dengan itu, bagi Syed Mokhtar, kebajikan bermaksud membantu mereka yang memerlukan, tidak kira bangsa atau agama.


Dalam hubungan ini, pada tahun 1990-an, Syed Mokhtar telah menyumbang kepada Projek Langkawi - projek yang diusahakan oleh Malaysian Chinese Association (MCA) untuk mengumpul dana bagi sekolah-sekolah Cina dan memberikan biasiswa bagi pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan.Beliau juga menyumbang mesin dialisis yang ditempatkan di sebuah bangunan rumah kedai di Kluang, Johor bagi kegunaan masyarakat setempat.


Bagaimanapun, sumbangan beliau yang terbesar dalam bidang seni dan kebudayaan ialah pembinaan Muzium Seni Islam yang diwujudkan dengan kos RM110 juta.Ia merupakan hasil seni yang tiada tolok bandingnya dan segera menerima pengiktirafan sebagai pusat pemikiran Islam sedunia.Menurut Ismail: ``Jika ada satu perkataan yang boleh menggambarkan Syed Mokhtar, ia adalah sikap rendah dirinya.``Ini kerana segala kejayaan dan kekayaan tidak merosakkan dirinya.``Kaum keluarga, sahabat handai, saudara mara, rakan perniagaan dan manusia biasa yang telah beliau bantu boleh mengakui perkara ini''.Syed Mokhtar mendirikan rumahtangga ketika berusia pertengahan 40-an dan sekarang mempunyai empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan.Ismail berkata, Syed Mokhtar menjadikan pendidikan sebagai tanggungjawab utama kepada adik beradiknya kerana ia adalah sesuatu yang beliau tidak mampu miliki kerana kesempitan wang.``Beliau mahu melihat adik beradiknya mendirikan rumahtangga dan berada pada kedudukan kewangan yang stabil dahulu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga,'' katanya.


Sehingga hari ini, Syed Mokhtar bekerja dari siang hingga larut malam dan ada kalanya sehingga pagi.Rumahnya adalah juga ibu pejabat korporat, di mana beliau mengikuti perkembangan syarikat-syarikat dan kebajikan lebih 20,000 pengurus dan kakitangannya.Dewan di rumah beliau di Kuala Lumpur adalah bilik mesyuarat utama.Beliau berjumpa dengan pengarah-pengarah eksekutif dan pengurus-pengurusnya seminggu sekali.


Syed Mokhtar hanya melakukan lawatan kerja jika perlu selain gemar mengadakan perjalanan balik-hari kerana beliau mahu meluangkan masa berkualiti bersama pekerja dan keluarga.Mohd. Sidik, yang selalu mengunjunginya di rumah beliau berkata:``Syed Mokhtar sebenarnya bukanlah seorang yang suka menyendiri, sebaliknya adalah seorang yang rendah diri dan suka membantu orang lain.``Di sebalik kemewahan hidupnya, beliau menjauhi pembaziran dan percaya kepada kesederhanaan dan kualiti dalam semua aspek kehidupan''.Syed Mokhtar telah mengharungi perjalanan yang jauh - bermula dari membantu bapanya dalam perniagaan lembu kepada memiliki empayar perniagaan yang besar serta dikagumi.Beliau telah mengambil 30 tahun untuk membina portfolio perniagaannya, tetapi dalam masa itu, beliau tidak pernah memandang kebelakang.


Beliau mahu maju kehadapan dan menggabungkan empayar perniagaannya dan berkongsi kejayaannya.Beliau juga sering di label sebagai seorang yang `tamak' tetapi pernahkan seseorang itu terfikir beliau juga berkongsi kejayaan dengan lapan juta pemegang saham menerusi Perbadanan Nasional Berhad yang mempunyai pegangan besar dalam salah satu syarikatnya, Malaysia Mining Corporation.Menurut Ismail, Syed Mokhtar berpegang kepada dua prinsip asas kejayaannya iaitu - berserah kepada tuhan dan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan.
Tags: , , , , , , , , , , ,

Tuesday, August 26, 2008

Wherefore Our Athletes?


The Olympics have come and be gone, it will be another four years before we have another chance at Olympic gold, if our Olympians that are still left in the running doesn't pull off any surprises. After the money and resources spent, maybe we should look at the ways and methods that is supposed to generate world class Malaysian athletes.


How do we create world class athletes?


One answer is to create special establishments like the Bukit Jalil Sports School, Spending millions on infrastructure and equipment to create the environment within which to foster sporting greatness.

Some would argue that we invest in sports sciences, developing technology that can help to give athletes an edge. But before we can even begin to actually look at those external factors, it is important for us to look at the athletes themselves and how to create the passion and motivation that is core to any great athlete.
You can be naturally gifted with talent or have it developed by exposure, training and augmented by science, but if your heart is not in it, you will not be able to really cut it. Before you become great, you must first have the heart for it.

But how do we develop the passion and motivation within the athletes in addition to the external stimuli that can help make them great?We should not have to look too far for the answer, for it lies at our very own doorstep.

Nurul Huda Abdullah, Nicol Anne David, the Sidek Brothers, Alex Yong and latest one is LEE CHOND WEI. Mention any of these names and our hearts would flutter and quiver, for these are Malaysian sportsmen and women who have made us proud.How did they succeed? They were not the product of any high performance sports center, special sports school or government programs but the fruits and products of the hard work and support of their parents and family.

Mirroring the story of Tiger Woods’ father whose efforts were recognized to be the cornerstone of his son’s achievements, our athletes above were motivated and supported by their parents, friends and family. Most of the time, they sourced for their own funds for equipment, travel and training.

What is core here is probably the values and passion that is able to be instilled in the young athlete by the sincere efforts of the parents and their family. Building not only their skill and muscles but also their heart and soul through their training and hard work.

While I am not trying to belittle the efforts by our government to produce world class athletes, Lee Chong Wei for example is an alumnus of the Bukit Jalil Sports School. The results speak for themselves, with most of our sports achievers being from outside the system.

Their efforts do have merit, but until these programs can be up to snuff and stand toe to toe with international standards we should not just focus on them but also encourage the independent efforts of parents and passionate young athletes.This should translate into more support, financial and otherwise, for those seeking to advance themselves in sports.

As for the programmes themselves, they need to be refined to provide the same support and motivation that the homegrown athletes have and probably reworked to ensure the cushy environs work for the benefit of the young athletes instead of coddling them.

ENGKAU dan AKU dalam KEMERDEKAAN

engkau kata merdeka
aku kata bebas

engkau kata negara
aku kata tanah air.

engkau kata setia
aku kata berontak
engkau kata ia
aku kata tidak.

engkau bilang menteri
aku bilang rakyat
engkau bilang masa depan
aku bilang masa silam
engkau bilang wawasan
aku bilang slogan.

engkau bilang kebangsaan
aku bilang kekuasaan
engkau bilang politik
aku bilang duit
engkau bilang telus
aku nampak korupsi.

Engkau bilang berjuang untuk bangsa dan agama
Aku tanya kenapa engkau khianati bahasa?

Sunday, August 17, 2008

BadmiNton final

kengkawan semua..............
aku bru sampi umah (kg la beB!!!)aku tengah tengok badminton FINAL ni
nervous siot!!!!
hangpa semua tengok tak
berilah sokongan kepada pemain negara kita!!!!
LEE CHUNG WEI!!
malaysia boleh!
walaupun kalau tak dak rezeki emas, perak pun ok la..
at least chung wei try the BEST!!!

Friday, August 15, 2008

Bil@ cuti nAk beRmuLa (off topik)


arini ari JUmaat,15 Ogos 2008
huhhh....
sok cuti dh nak start. blog lum up date lagi...
malas betul! tapi tak sebenarnya, bz sgt2.
assngmt melambak, haiii.......... sape suruh bt keja last minit ekk......
hang pk la sndri...
dah2, ako nak cite ni....
aku bOriNg arr..........
aku kena balik kg lmbt......... xdak tiket......
kengkawan dah balik sampi umah dh ni
uuwaaaaaaaaaaaa
nak balik gak
makan durian,rambutan dan seangkatan dgnnya,
nak balikkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..............................

Thursday, August 7, 2008

wakil Malaysia archery (olimpik)



Athlete Biography
CHENG Chu Sian
MAS - Malaysia
Profile
Date of Birth: 01 MAR 1986
Height: 6'0"
Gender: Male
Weight: 187 lbs
Residence: Kuala Lumpur(Malaysia)
Sport: Archery
Event(s): Men's Team Men's Individual
Competition Highlights: World Championships
5 Team 2005 Madrid, ESP
8 Individual 2007 Leipzig, GER
14 Team 2007 Leipzig, GER
SeMoga BerJ@ya !!!
MalaYsi@ Boleh!!!

Tuesday, August 5, 2008

INSIDE OLYMPIC BASKETBALL{ What I'm looking forward to...}


There will be no moment at the Beijing Olympics that better perfectly condenses the alchemy of China's emergence in this century than Sunday night. That's when one of China's greatest citizens -- never mind its greatest basketball player -- will be the face of the home team as it takes the court against the United States.
Let's face it: China's in great shape to sweep up a ton of medals. Liu Xiang will be fabulous. Guo Jingjing's dives will be a sight to behold. China's table-tennis team will make its competitors look like they're phoning it in.
But I'll be holding my breath with everyone else to watch the one Chinese superstar who is just about guaranteed not to get a medal at these Olympics. The one who has transcended sport, become a role model for a nation and done more to raise China's esteem than any simple gold medal ever could. I'm talking, of course, about Yao Ming.
With all that Yao has done outside of his NBA career with the Houston Rockets, Americans still tend to miss the boat on how stunning a person he is. Supernaturally huge and from a country very few of us on this side of the ocean really understand, it was too easy to marginalize him as an Andre the Giant cartoon character when he first arrived on our shores.
Yao, the first overall pick in the 2002 NBA draft, watched Shaquille O'Neal making chop-socky sounds on TV to mimic Yao's language. Charles Barkley said Yao would never score 19 points in a single game. The pressure to perform on a stage only two of his countrymen (Mengke Bateer and Wang Zhizhi) had ever seen before was as big as the man himself. Yao has delivered both points (he's averaged 19 points per game over his entire NBA career) and diplomacy, class and dignity. He has become a great teammate and a great humanitarian.
What was Yao doing two months out from his country's greatest sports moment ever? Starting a foundation to help rebuild schools in earthquake-devastated Sichuan province. He fully understands the importance of the Olympics to his homeland, but he also understands how much power he has to help ordinary Chinese because of his sports success.
On July 13, 2001 --the night Beijing was awarded the '08 Games -- Yao was so nervous, he had to look away from the television while his teammates watched the IOC meeting, broadcast on Chinese national television live from Moscow. He busied himself playing video games until then-IOC president Juan Antonio Samaranch said "Beijing."
Then he, and the rest of his country, marveled at the moment. "That was a night for China," Yao said years later, with obvious pride.
And so it will be when Yao and China take the court against the U.S. Perhaps more than any other athlete in Beijing, Yao understands the limits of a medal, and the limitless ways a star athlete can become so much more to his nation, no matter what accolades are hanging around his neck.


Monday, August 4, 2008

'Kita tunggu dan lihat sahaja'(pl@n news)


BEIJING bakal menjadi saksi kepada himpunan atlet dari seluruh dunia apabila berlangsungnya temasya berprestij Sukan Olimpik 2008.

Bagi 33 atlet Malaysia, tarikh 8 Ogos 2008 ini juga menandakan bermulanya detik perjuangan mereka.

Situasi yang sama dirasai ketua kontinjen negara, Datuk Ho Koh Chye yang bakal membuat penampilan kali ketiga pada temasya terbesar itu selepas tampil sebagai atlet pada Sukan Olimpik 1964 di Tokyo dan 1968 di Mexico.

Namun menurut bekas penjaga gol hoki kebangsaan itu, dia tetap merasai beban yang bakal dipikulnya bersama-sama kontinjen kecil dalam misi mengharumkan nama Malaysia di bumi Beijing kelak.

“Janganlah menilai mereka ketika ini dan berilah mereka peluang untuk membuktikan sesuatu. Kita tunggu dan lihat sahaja,” jelas Koh Chye kepada wartawan Kosmo! Ahad, MUSTAPA LAKAWA di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada pertemuan singkat itu, Koh Chye turut menjelaskan harapannya selain memuji semangat kesukanan yang dimiliki atlet negara yang bakal bersaing di Beijing.

jadi sebagai rakyat malaysia yang cintakan tanah air, sama2 lah kita mendoakan kejayaan mereka..seperti kata pepatah, berat mata memendang, berat lagi bahu yang memikul.

Kelab untuk OKU (plan news)


ORANG kurang upaya (OKU) tidak lagi boleh dianggap sebagai golongan yang hanya mengharap simpati dan perlu dibantu sebaliknya mereka juga boleh menjadi penyumbang dan aset negara. Oleh itu, masyarakat kita perlu mengubah persepsi terhadap OKU kerana mereka juga mampu maju ke hadapan sekiranya diberi peluang. Mungkin tidak ramai yang menyedari kewujudan Kelab Kecacatan Fizikal yang berpusat di Klang, Selangor. Ditubuhkan sejak tahun 1996, merupakan satu-satunya kelab OKU, cacat fizikal yang diwujudkan di negara ini. Sekitar tahun 2003, sebuah bangunan didirikan di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh seorang penduduk yang prihatin untuk memenuhi keperluan kebajikan golongan ini. Kelab ini berfungsi sebagai tempat menghimpunkan golongan OKU yang terdiri daripada berbilang bangsa di samping menganjurkan pelbagai aktiviti kelab itu. Objektif terpenting penubuhan kelab berkenaan adalah untuk mengumpul dana dan sumbangan daripada masyarakat setempat untuk diagih-agihkan kepada ahli-ahlinya yang mengalami nasib yang sama. Jelas Pemangku Presiden kelab, Zakaria Mohd Nor, 50, penubuhan kelab ini icetuskan oleh ahli OKU sendiri iaitu Mohd Yusof Ahmad, yang merupakan Presiden kelab ini dengan bantuan beberapa ahli jawatankuasa lain. Tambahnya, penglibatan dan perkhidmatan mereka dalam kelab ini adalah secara sukarela demi membantu rakan-rakan senasib yang berjuang untuk meneruskan kehidupan. Untuk mendapatkan pembelaan dan perhatian daripada masyarakat, warga OKU ini sanggup berusaha dan bersusah payah. Katanya, setakat ini ahli-ahli kelab ini berjumlah 120 orang yang berumur antara 18 ke atas hingga 60 tahun. Mereka berasal dari sekitar Lembah Klang.

Rasuah Arena Bola Sepak (spontanious)



Tekanan hidup punca rasuah

DESAKAN untuk meneruskan kelangsungan hidup mungkin menjadi punca ada di kalangan pemain yang bertindak mengambil rasuah. Ia berikutan tindakan beberapa persatuan yang gagal dalam melunaskan pembayaran gaji pemain.

“Masalah itu harus diatasi terlebih dulu. Sekiranya tidak, mungkin kita boleh lupakan saja mengenai bola sepak,” tegas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong. Zolkples seterusnya memberitahu bahawa persatuan tidak seharusnya menaburkan janji dan tawaran yang lumayan sekiranya persatuan gagal menunaikannya. Walaupun sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah meletakkan had gaji bagi pemain namun kebanyakan negeri dan kelab tidak mematuhi had gaji itu.

Mereka dikatakan lebih senang membuat perjanjian kepada pemain tanpa sebarang kontrak yang sah. Dalam pada itu, Zolkples menyuarakan sokongannya terhadap tindakan FAM dalam menangani gejala rasuah itu termasuklah menangguhkan pertandingan Piala Malaysia musim ini.

“Jika FAM merasakan tindakan menangguhkan Piala Malaysia adalah langkah terbaik, mungkin ia terpaksa dilakukan kerana bola sepak negara memerlukan pembersihan menyeluruh daripada gejala rasuah.

“Saya amat berharap agar ia dapat diatasi segera. Namun ia juga memerlukan kerjasama semua pihak dan adalah tidak adil sekiranya FAM dibiarkan keseorangan mengharungi kemelut ini,” ujar Zolkples. Sekitar 1994, sejumlah lebih 100 pemain disyaki terlibat dalam menentukan keputusan permainan. FAM telah mengambil keputusan melarang semua pemain ini daripada bermain.

Akibat daripada kekosongan dan ketiadaan pemain-pemain berkaliber dalam kuantiti besar merupakan antara faktor penyumbang kepada kemerosotan. Ranking Malaysia juga semakin menurun sehingga menjadi pasukan kerdil di arena Asia.

Prince Caspian...(off topic)


Kalau you all sudah menonton filem box office The Chronicles of Narnia: Prince Caspian, you all sure teruja dengan tiga aktor kacak yang membintangi filem ini. Mereka dilihat sebagai pelapis pelakon muda di Hollywood. Jom berkenalan dengan salah sorang dari mereka.

Ben Barnes jejaka pujaan ramai ini mempunyai banyak talent lain selain berlakon. Ben boleh bermain alat muzik seperti drum dan piano. Kerjayanya sebelum bergelar pelakon adalah pemain drum untuk “Bugsy Malone” sewaktu usianya 16 tahun. Ben juga merupakan ahli sebuah persatuan iaitu National Youth Music Theatre antara tahun 1997 dan 2003. Ben juga pernah memberitahu media bahawa dia terlalu obses dengan muzik seperti ‘The Beatles’, ‘The Stones’, ‘Queen’ dan ‘Stevie Wonder’. Ben juga sukakan filem ‘The Spinal Gtrap’ dan boleh menontonnya setiap hari.Apabila diajukan soalan tentang gadis pilihannya, Ben yang tidak memilih hanya menjawab, asalkan si dia itu selesa dengan dirinya, ia sudah memadai.

Fakta:

• Ben merupakan fans kepada siri ‘Narnia’ sejak kecil lagi dan tidak pernah menyangka akan
memegang watak di dalam filem tersebut.
• Ayah Ben merupakan seorang psikiatri dan ibunya adalah seorang ahli terapi.
• Tidak pernah menunggang kuda hinggalah mendapat tahu perlu menaiki kuda di dalam filem ‘Narnia’ ini.

Ps: Aku post story ni bukan la nak memuja pelakon hollywood, tapi persoalan dan kenyataannya disini adalah, kenapa artis kita tidak sehebat pelakon ongputih ni. Artis kita selalunya terlalu demand. Belum ape2 dah demand. Padahal bukan hebat sangat. Macan mane nak jadi pelapis industri seni akan datang. Mereka selalunya gila glamour jer.. Tapi aku x kata semua pn begitu perangainya ada gak yang bagus. Contohnya fauziah nawi. Wpun dah jd pelakon veteran, masih lagi jadi yang terbaik…tapi masalah gak masyarakat kita, kita punya mentality selalu mengatakan yang Hollywood itulah yang tarbaik. Kalau lah kita meghargai artis kita tentu diarag pn boleh jadi sehebat pelakon ini. so....lu pk l@ sndri!